Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel bom Rafah, lebih 1 juta penduduk diselimuti ketakutan

Mar 28, 2024 | 02:12 PM



GAZA: Tentera Israel mengebom sekurang-kurangnya empat bangunan di Rafah pada 27 Mac, menyebabkan lebih sejuta rakyat Palestin dicerut ketakutan kemungkinan berlakunya serangan darat yang telah lama Israel rancang.

Satu daripada serangan udara membunuh 11 orang daripada sebuah keluarga, kata pegawai kesihatan.

Seorang penduduk, Encik Mussa Dhaheer, berkata beliau tersedar akibat ledakan bom itu, lalu mencium anak perempuannya yang ketakutan, dan bergegas keluar untuk memeriksa apa yang berlaku.

Hati beliau hancur lulur kerana bapanya, 75 tahun, dan ibunya, 62 tahun, adalah antara yang terkorban dalam pengeboman Israel itu.

“Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan. Saya tidak dapat memahami apa yang berlaku.

“Bapa saya bersama rakan-rakannya yang berpindah daripada Bandar Gaza, semuanya meninggal dunia begitu saja,” katanya kepada Reuters.

Di tapak pengeboman yang lain, Encik Jamil Abu Houri, berkata serangan udara Israel yang semakin meningkat menunjukkan penghinaan terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu (PBB) minggu lalu yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza.

Beliau bimbang serangan darat ke atas Rafah, yang diancam oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di sebalik amaran sekutu terdekatnya Washington bahawa tindakan sedemikian akan mengakibatkan tragedi kemanusiaan.

“Pengeboman telah meningkat, dan mereka telah mengancam kami dengan pencerobohan, dan mereka mengatakan bahawa telah diberi lampu hijau untuk menceroboh Rafah. Di manakah Majlis Keselamatan?” tanya Encik Abu Houri.

Tentera Israel juga memperhebatkan serangan mereka di dalam dan sekitar tiga hospital Gaza, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pesakit, kakitangan perubatan dan penduduk yang berlindung di dalamnya.

Pertempuran telah berlaku selama sembilan hari di sekitar Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza, yang terbesar di wilayah itu, dan baru-baru ini berhampiran dua hospital di bandar utama selatan Khan Yunis _ - Al-Amal dan Nasser.

Seorang pegawai Amerika Syarikat berkata pada 27 Mac bahawa Israel telah meminta untuk menjadualkan semula mesyuarat di Washington bagi membincangkan rancangan serangannya ke atas Rafah, beberapa hari selepas Encik Netanyahu tiba-tiba menangguhkan rundingan mengenai resolusi gencatan senjata Gaza oleh Majlis Keselamatan PBB, yang Amerika telah memilih untuk tidak melaksanakan kuasa pembatalnya.

Angka kematian orang awam yang semakin meningkat - mencecah lebih 32,000 orang juga telah merenggangkan hubungan antara Israel dengan sekutu utamanya itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >