Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kejatuhan ringgit: Warga M’sia kerja di S’pura atur pelbagai rancangan

Oct 26, 2023 | 01:33 PM



JOHOR BAHRU: Ramai warga Malaysia yang bekerja di seberang Tambak sedang merancang percutian dan pengubahsuaian rumah, ketika dolar Singapura melonjak ke paras tertinggi berbanding mata wang ringgit.


Encik Jason Wong, 27 tahun, berkata beliau berasa keputusannya menyeberangi sempadan setiap hari untuk bekerja adalah tepat kerana kini beliau mempunyai lebih banyak wang tunai dalam tangan berikutan kadar pertukaran mata wang yang kukuh dengan tukaran $1 kepada RM3.50.

“Seorang demi seorang, ramai rakan sebaya dan saudara-mara saya pergi ke Singapura untuk bekerja. Saya mula bekerja di sana pada Mac selepas sukar mendapatkan pekerjaan yang stabil di Johor Bahru.

“Saya memulakan perjalanan sekitar 6 pagi dan sampai ke rumah selepas 8 malam setiap hari. Penat tetapi kadar pertukaran wang menjadikannya berbaloi.

“Saya boleh memberi lebih banyak wang kepada ibu bapa saya yang sudah tua, kerana saya mempunyai pendapatan tambahan,” katanya kepada The Star.


Menurut Encik Wong, beliau juga menabung untuk membawa ibu bapanya bercuti buat kali pertama pada 2024.

Dolar Singapura melonjak ke paras tertinggi baru, mencecah 3.5086 berbanding ringgit pada pagi Selasa.

Sementara itu, Encik Ardy Zainuddin, 33 tahun, yang bekerja sebagai eksekutif pembelian di Singapura, gembira kerana mempunyai wang tambahan untuk mengubah suai rumah barunya di sini.

“Saya dan isteri baru sahaja mendapat kunci rumah baru kami dan dengan bayi kedua akan lahir tidak lama lagi. Apa-apa tambahan dialu-alukan,” kata Encik Ardy yang berulang-alik merentasi sempadan untuk bekerja sejak lima tahun lalu.

Namun, beliau tetap berharap kerajaan Malaysia akan membuat dasar untuk mengukuhkan ringgit.

“Pertukaran mata wang Singapura-Malaysia yang kukuh adalah baik buat mereka yang bekerja merentasi sempadan, tetapi saya bimbang ringgit yang semakin lemah akan menjadikan barangan lebih mahal bagi rakyat Malaysia lain.

“Saudara saya yang tinggal di Johor dan Melaka merungut kerana mahal untuk makan di luar atau memasak di rumah. Mereka juga teragak-agak melancong ke luar negara kerana ringgit lemah,” tambahnya.

Tinjauan akhbar The Star di beberapa pengurup popular di bandar ini mendapati mereka mempunyai bekalan ringgit mencukupi bagi menampung permintaan yang dijangka lebih tinggi.


Seorang pengurup yang hanya mahu dikenali sebagai Wan berkata, “Ini adalah kali pertama saya melihat ringgit jatuh begitu rendah berbanding dolar Singapura dalam tempoh 10 tahun saya berada dalam industri.”

Apabila kadar pertukaran adalah $1 hingga RM3.41 pada Mei lalu, perniagaan kami meningkat kira-kira 30 peratus, kerana mereka yang bekerja merentasi sempadan serta warga Singapura bergegas membeli ringgit dalam jumlah yang banyak,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >