Mahkamah Perlembagaan Indonesia pada 22 April menolak sepenuhnya petisyen yang difailkan oleh dua pasangan calon presiden dan naib presiden yang kalah – Encik Anies Baswedan dan pasangannya, Encik Muhaimin Iskandar, serta Encik Ganjar Pranowo dan pasangannya, Encik Mahfud MD – yang mendakwa terdapat penyelewengan dan penipuan sistematik menjelang dan semasa Pilihan Raya Presiden 2024 pada Februari.
Panel lapan hakim bergilir-gilir membacakan keputusan itu semasa sesi mahkamah yang agak panjang dan membuat keputusan tidak berpihak pada Encik Anies dan Encik Ganjar, yang tewas kepada Encik Prabowo Subianto dan pasangannya, Encik Gibran Rakabuming Raka, yang merupakan anak sulung Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo.