Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB akan mengundi resolusi menyokong pengiktirafan Palestin

May 10, 2024 | 02:13 PM



NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi pada 11 Mei bagi resolusi menuntut pengiktirafan Palestin sebagai negara anggota penuh, sama seperti negara lain di seluruh dunia, lapor agensi berita Palestin WAFA.


Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung dalam Perhimpunan Agung PBB yang dianggotai 193 orang, pada 11 Mei jam 10 pagi waktu New York atau sekitar 10 malam waktu Singapura. Ia juga berfungsi sebagai tinjauan global bagi sokongan untuk permohonan keanggotaan penuh Palestin, dalam pertubuhan antarabangsa itu.

Penolong Menteri Luar Palestin untuk PBB dan agensi khususnya, Encik Omar Awadallah, memberitahu WAFA bahawa Palestin memenuhi syarat untuk diterima menjadi anggota seperti yang digariskan dalam Artikel 4 Piagam PBB.

Meluluskan resolusi itu, memerlukan undi dua pertiga Perhimpunan Agung PBB, yang akan menandakan kelayakan Palestin untuk menjadi negara anggota penuh, meningkatkan status undang-undangnya dalam PBB dan organisasi gabungannya.

Encik Awadallah menjelaskan bahawa pengiktirafan Perhimpunan Agung terhadap Palestin sebagai negara anggota penuh, akan membolehkannya duduk di kalangan negara anggota mengikut abjad, bercakap mengenai sebarang agenda di PBB, menangani kumpulan antarabangsa bagi pihaknya, dan mengemukakan resolusi atas namanya.

Beliau menegaskan hak Palestin untuk menjadi anggota penuh dan penentuan nasib sendiri, dengan menyatakan bahawa 144 negara mengiktirafnya, dan bahawa ia memenuhi semua kewajipan dan tanggungjawab dalam institusi PBB yang diperlukan, untuk menjadi anggota penuh.

Awal bulan ini, Palestin telah mengemukakan permintaan kepada Majlis Keselamatan untuk mempertimbangkan semula permohonannya pada 2011, untuk menjadi anggota penuh PBB.

Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya pada 18 April, untuk menghalang Palestin daripada mendapat keanggotaan penuh.

Pada masa itu, resolusi yang dibentangkan oleh Algeria, mengesyorkan agar Perhimpunan Agung menerima Negara Palestin sebagai anggota PBB, disokong oleh 12 daripada 15 anggota Majlis Keselamatan, dengan Amerika menentangnya, manakala Britain dan Switzerland berkecuali. .

Pada masa ini, Palestin memegang status negara pemerhati, status yang diberikan oleh Perhimpunan Agung PBB pda 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >