Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rafah kini seperti ‘bandar hantu’

May 09, 2024 | 02:48 PM



RAFAH (Gaza): Pertempuran pada 9 Mei yang menyaksikan tentera Israel terus mara ke Rafah, menyaksikan rakyat Palestin terpaksa meninggalkan kawasan kejiranan selatan Gaza yang kini seolah-olah bak ‘bandar hantu’.


Israel telah mengancam serangan besar-besaran ke atas Rafah untuk menumpaskan empat daripada enam batalion Hamas yang masih bersembunyi di sana.

Tetapi dengan lebih sejuta orang berlindung di bandar itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa malapetaka kemanusiaan boleh berlaku jika serangan itu diteruskan.

Tentera Israel telah menawan sempadan utama antara Gaza dengan Mesir di Rafah pada 7 Mei, memotong laluan penting bantuan kemanusiaan ke kawasan itu dan sekali gus memburukkan masalah kebuluran di wilayah tersebut.

Namun, Israel dilaporkan membenarkan bantuan masuk melalui beberapa lintasan, manakala Amerika Syarikat telah menyiapkan pembinaan dermaga bagi membolehkan sejumlah besar bantuan disalurkan ke Gaza.

Tentera Israel berkata ia menjalankan operasi terhad untuk memusnahkan kumpulan Hamas dan prasarana yang digunakan di Rafah.

Mereka sebelum ini telah mengarahkan penduduk Palestin supaya berpindah ke “zon kemanusiaan yang diperluaskan” berhampiran Khan Younis, utara Rafah.

Tiga penduduk Rafah memberitahu Reuters melalui telefon bahawa berpuluh-puluh ribu orang telah meninggalkan bandar itu, yang dilihat sebagai tempat perlindungan terakhir bagi rakyat Palestin yang telah hidup berpindah berkali-kali sejak Israel melakukan serangan udara dan darat sehingga memusnahkan sebahagian Gaza.


Penduduk di Jneina, Al-Shawka, Al-Salam dan kawasan kejiranan lain telah pun berpindah seperti yang diarahkan tentera Israel.

“Sesetengah kawasan kelihatan seperti bandar hantu sekarang,” kata Encik Aref, 35 tahun, yang enggan nama penuhnya disiarkan.

“Kami tidak takut mati tetapi kami mempunyai anak untuk dijaga dan meneruskan kehidupan apabila perang berakhir kelak,” katanya menerusi aplikasi sembang.

Pejabat media Gaza yang dikendalikan Hamas menganggarkan puluhan ribu rakyat Palestin telah melarikan diri ke kawasan lebih selamat.

“Ini adalah kali ketiga atau keempat kami lapan (anggota) sekeluarga terpaksa berpindah lagi. Tiada tempat selamat di seluruh Gaza!” kata Encik Mazen Ghadour, yang sedang bersiap sedia untuk berpindah tetapi tidak tahu ke mana harus dituju.

Perang meletus pada 7 Oktober apabila Hamas menyerang selatan Israel, membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.

Kementerian kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas berkata sehingga kini, lebih 34,000 rakyat Palestin telah terbunuh akibat serangan balas dan berterusan Israel. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >