Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DARUL AJYAL LEARNING CENTRE & SERVICES

Tawar wisata korban di Jawa Timur, Pulau Bawean

May 10, 2024 | 05:30 AM



Darul Ajyal Learning Centre & Services menganjurkan wisata korban di Jawa Timur dan Pulau Bawean bagi memberi pengalaman berbeza dan berbaloi kepada peserta.

“Memandangkan jumlah fakir miskin dan yatim piatu teramai dalam kalangan penduduk Tanah Jawa di Indonesia, maka setiap tahun Darul Ajyal Learning Centre & Services secara konsisten melaksanakan ibadah korban sehingga tahun ini (2024) juga,” jelas Ustaz Ismail Ahmat El-Ajyali, Pengarah Urusan, Darul Ajyal Learning Centre & Services.

Beliau yang mempunyai 23 tahun pengalaman melaksanakan khidmat korban turut menyatakan bahawa setiap tahun pada bulan Ramadan mereka ada menjalankan sumbangan ihsan Ramadan di seluruh kampung dan daerah Jawa Timur. Mereka menderma beras, minyak, mi dan menghulurkan zakat kepada setiap individu yang layak.

Pulau Bawean pula jauh dan terpencil. Ia tidak dikunjungi ramai pelawat untuk melakukan ibadah korban di sana, melainkan hanya segelintir sahaja.

Bagi Darul Ajyal Learning Centre & Services, ia menghulurkan bantuan untuk korban dan menderma barang-barang makanan seperti beras dan jamuan makan malam di Pulau Bawean buat julung-julung kalinya.

Wisata ibadah korban selama lapan hari tujuh malam ini termasuk lawatan ke Surabaya, Batu Malang, Probolingo, Gunung Bromo dan Pulau Bawean.

Antara yang menarik ialah lawatan ke masjid-masjid, makam-makam para ulama dan aulia, serta mengunjungi kampung-kampung di mana mereka pernah menghulurkan bantuan dan membangunkan wakaf yang pelbagai untuk menjadi daya tarikan bagi peserta menyumbangkan harta mereka pada jalan Allah swt untuk saham akhirat mereka.


Peserta juga akan mengunjungi Gunung Bromo, gunung yang penuh dengan pemandangan indah dan hawa yang nyaman dan sangat sejuk.

Setelah itu, mereka akan melawat Pulau Bawean untuk menjalin silaturahim dengan penduduk di sana dan juga melaksanakan ibadah korban pada hari Tasyrik sambil menghayati suasana pemandangan yang alami selama tiga hari dua malam.

“Satu lagi keistimewaan bagi sesiapa yang telah menempah haiwan korban dan wisata kami di sana nanti, mereka sendiri boleh menyembelih kambing atau lembu yang mereka tempah,” kongsi Ustaz Ismail.

Beliau turut menambah, peserta sebelum ini memberi maklum balas mengatakan bahawa mereka sangat berpuas hati kerana dapat melawat masjid dan makam dan juga mereka sendiri dapat menghulurkan bantuan kepada penduduk di sana.

Dengan jadual perjalanan yang sangat padat, mereka dapat banyak pengalaman yang indah dan pengalaman yang berbeza dan berbaloi dengan harga pakej penuh wisata sebanyak $1,300 seorang untuk lapan hari tujuh malam.

Untuk pakej ibadah korban pula, Darul Ajyal Learning Centre & Services menawarkan pakej 7-dalam-1 di Indonesia dan Kemboja iaitu:

Pertama, haiwan tempahan untuk dikorbankan; kedua, wakaf pembangunan masjid atau musala; ketiga, jamuan atas nama penempah korban; keempat, senaskhah Al-Quran akan diwakafkan atas nama penempah korban; kelima, 2 kilogram beras untuk fakir miskin atas nama penempah korban; keenam, tiga gambar salinan lembut; ketujuh, sijil salinan lembut dikirim melalui WhatsApp atau melalui e-mel.

Harga korban untuk kambing di Indonesia ialah $250 dan untuk lembu $1,250. Harga korban untuk kambing di Kemboja $300 dan untuk lembu $1,100.

Jika berminat, sila hubungi Ustaz Ismail atau Ustazah Nisha di talian 9784-7964, Encik Irwan di talian 8817-9116, Ustaz Mohd Yazid Yunos di talian 9637-7591, Cik Fauziah di talian 9752-2142, Cik Fazlinah di talian 9457-1390.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >