Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bilangan banglo kelas baik, apartmen mewah yang dijual berkurang

Mar 27, 2024 | 03:41 PM



Walaupun jualan apartmen mewah dan banglo kelas baik (GCB) di Singapura berkurangan pada separuh kedua 2023, harganya kekal stabil, menurut firma konsultasi hartanah CBRE pada 26 Mac.

Terdapat sembilan urus niaga jual beli GCB bernilai $202.05 juta pada separuh kedua 2023, turun 64.9 peratus berbanding urus niaga bernilai $575.27 juta melibatkan 14 transaksi jual beli GCB sepanjang enam bulan pertama 2023.

Perangkaan jualan terkini itu juga sekitar satu pertiga daripada $613.45 juta yang diurusniagakan pada separuh kedua 2022.

Bagi keseluruhan 2023, sejumlah 23 GCB bertukar tangan, bilangan terendah sejak 1996.

Jumlah nilai urus niaga bagi keseluruhan 2023 mencapai $777.32 juta, lapor The Straits Times (ST).


Jumlah tersebut sekitar separuh daripada $1.37 bilion yang diraih pada 2022, apabila 47 GCB dijual dan yang terendah sejak 2015 yang meraih jualan bernilai $714.78 juta bagi 33 GCB.

CBRE menyatakan bahawa penjualan GCB yang berkurangan itu disebabkan kadar faedah meningkat, ketidaktentuan ekonomi sedunia dan tindakan penguatkuasaan berterusan terhadap kegiatan pengubahan wang haram sejak Ogos 2023.

Firma tersebut menyatakan walaupun jumlah urus niaga GCB lebih rendah, harganya masih meningkat.

Walaupun harga purata GCB menjunam 25.4 peratus daripada $2,631 setiap kaki persegi (psf) pada separuh pertama 2023 kepada $1,963 psf pada separuh kedua 2023, bagi seluruh tahun 2023, harga keseluruhannya melonjak 23.8 peratus daripada $1,952 psf pada 2022 kepada $2,417 psf pada 2023.

Menurut CBRE, harga sewa untuk GCB juga menjadi lebih “realistik”, mencerminkan indeks sewa hartanah berhalaman Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Ia turun sebanyak 4.1 peratus pada suku keempat 2023 berbanding suku ketiga 2023 dan mengakhiri kenaikan harga sewa sebanyak 78 peratus sejak suku ketiga 2020.

CBRE menjelaskan bahawa harga sewa GCB melonjak pada 2022, menyusuli permintaan lebih tinggi daripada warga asing mewah yang sanggup membayar harga premium untuk menyewa kediaman luas yang menepati gaya hidup mereka.

Namun, permintaan tersebut berkurangan sejak tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan pengubahan wang haram dan disebabkan sentimen semakin lemah dalam pasaran.

Semakan baru-baru ini bagi nilai tahunan (AV) hartanah bernilai tinggi boleh membawa kepada cukai hartanah lebih tinggi untuk pemilik dan mungkin menyebabkan sebilangan pemilik menjual GCB mereka, menurut CBRE.

Bagaimanapun, ia menambah: “Jika kadar faedah mula turun dan ekonomi pulih dengan kukuh pada separuh kedua 2024, jurang harga antara pembeli dengan penjual boleh mengecil dan aktiviti pasaran GCB boleh menjadi lebih rancak.”

Dalam segmen apartmen mewah, bilangan urus niaga jatuh pada separuh kedua 2023, selepas Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD) yang dikenakan ke atas warga asing, naik seganda kepada 60 peratus.

Sementara itu, hartanah Sentosa Cove mencatat jumlah urus niaga jual beli lebih rendah pada 2023, disebabkan kelemahan ekonomi, kadar faedah lebih tinggi dan langkah penyejukan hartanah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >