Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Laba suku pertama OCBC naik 5% kepada $1.98b

May 10, 2024 | 03:17 PM



Keuntungan bersih OCBC bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 meningkat 5 peratus kepada $1.98 bilion, dirangsang pertumbuhan kukuh dalam keuntungan operasi.

Ini meningkat daripada pendapatan tahun lalu sebanyak $1.88 bilion, dan mengatasi ramalan $1.85 bilion dalam tinjauan Bloomberg melibatkan tiga penganalisis.


Bank OCBC adalah yang terakhir antara tiga bank Singapura melaporkan keputusan suku tahunannya musim ini.

Pendapatan tahunan sesaham berada pada $1.76 bagi suku tersebut, meningkat 5 peratus daripada $1.68 tahun sebelumnya.

Jumlah pendapatan bagi suku itu meningkat 8 peratus tahun ke tahun kepada $3.63 bilion.

Pendapatan faedah bersih meningkat 4 peratus kepada $2.44 bilion, didorong pertumbuhan 5 peratus dalam purata aset, yang lebih daripada pampasan untuk penurunan tiga mata asas dalam margin faedah bersih, kerana peningkatan kos pendanaan mengimbangi hasil aset yang lebih tinggi.

Pendapatan tanpa faedah meningkat 17 peratus kepada $1.2 bilion disebabkan peningkatan dalam pendapatan bayaran, perdagangan dan insurans.

Nisbah pinjaman tidak berbayar bank itu pada akhir suku berkenaan ialah 1 peratus – turun 0.1 peratusan mata daripada tahun sebelumnya.

Jumlah elaun ialah sebanyak $169 juta, lebih tinggi daripada $110 juta pada tahun sebelumnya, terutama disebabkan oleh peningkatan elaun untuk aset terjejas.

Pulangan atas ekuiti pada asas tahunan berjumlah 14.7 peratus, tidak berubah tahun ke tahun dan naik 2.3 peratusan mata pada suku tersebut.

Mengulas keputusan yang diumumkan pada 10 Mei, ketua pegawai eksekutif kumpulan, Cik Helen Wong, menyatakan rekod keuntungan bersih telah meningkatkan pulangan ke atas ekuiti, dan kedudukan penyata kewangan yang sihat untuk menangani ketidaktentuan makro.

“Pasaran utama kami di Asia dijangka berdaya tahan, mendapat manfaat daripada peningkatan aliran modal dan kepelbagaian rantaian bekalan,” tambahnya. – BT

Dalam satu kenyataan pada 10 Mei, OCBC berkata ia telah membuat tawaran am sukarela tanpa syarat sebanyak $1.4 bilion untuk 11.56 peratus kepentingan dalam Great Eastern Holdings yang tidak dimilikinya pada masa ini, dengan tujuan untuk menyahsenarai cabang insuransnya.


Harga tawaran $25.60 mewakili premium 36.9 peratus berbanding harga dagangan terakhir Great Eastern iaitu $18.70. Bagaimanapun, ia adalah pada diskaun 30 peratus kepada nilai sesahamnya sebanyak $36.59 pada 31 Disember 2023.


Langkah itu bertujuan mengukuhkan paksi perniagaan OCBC iaitu perbankan, pengurusan kekayaan dan insurans, serta mengoptimumkan modalnya untuk meningkatkan pulangan pemegang saham, kata bank itu. – BT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >