Setelah tujuh tahun berjaya memikat perhatian ramai pencinta seni dengan Setan Jawa, gabungan filem dan iringan muzik yang dipersembahkan secara langsung, pengarah prolifik Indonesia, Garin Nugroho, tampil dengan filem bisu mengenai kerakusan manusia, Samsara pula pada 2024.
Garin, 62 tahun, bakal mempersembahkan Samsara dalam tayangan perdana dunia sempena Pesta Raya di Dewan Konsert Esplanade mulai 8 malam pada 10 Mei.