Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hisyam Hamid belum sedia ulas status rumah tangga

May 10, 2024 | 03:49 PM



Pelakon, Hisyam Hamid, masih belum bersedia mengulas status bersama isterinya, Rosmawati Hanafi, atau Mel, selepas timbul dakwaan rumah tangga mereka sedang bergolak.

Bagaimanapun, Hisyam memohon agar orang ramai mendoakan perkahwinan yang dibina bersama Mel sejak 2006 itu terus kukuh dan sentiasa dalam keadaan baik.

“Mungkin dalam setiap perkahwinan ada masalah (yang) dihadapi dan ada pasang surutnya. Saya tak tahu bagaimana hendak jawab dan ulas mengenai perkara ini (status rumah tangga).

“Mungkin apabila tiba masa sesuai dan sudah bersedia, saya akan cakap. Untuk bercakap mengenai perkara ini, banyak faktor yang perlu diambil kira.

“Saya perlu jaga hati anak-anak, jadi saya masih berfikir,” katanya ditemui media Malaysia pada majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun ke-25 rumah penerbitan, Global Station di Kemensah Heights pada 9 Mei.

Mengulas hubungan bersama isteri, Hisyam memberitahu mereka masih baik dan saling berkomunikasi terutama membabitkan kerjaya seninya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


“Sebenarnya kami sampai sekarang okey. Hari Raya baru-baru ini kami masih keluar bersama anak-anak. Dia juga masih mengurus kerjaya saya. Tapi untuk komen mengenai status, saya masih belum bersedia.

“Sebenarnya perkara ini sudah lama. Siapa yang perasan itu, perasanlah,” kata pelakon kelahiran Singapura ini.

Dalam pada itu, Hisyam mengakui tidak keberatan apabila kisah peribadinya menjadi perhatian ramai kerana menyedari itu sebahagian daripada perjalanan bergelar selebriti.

“Saya faham saya seorang selebriti, jadi orang hendak tahu mengenai hal peribadi. Kalau saya orang awam, mungkin tak ada yang kisah. Saya faham ada peminat yang sering bertanya, malah ramai juga sering mendoakan kami.

“Apa yang saya boleh cakap, hubungan kami baik-baik sahaja. Cuma ada beberapa perkara agak peribadi dan saya tak boleh berkongsi,” ujarnya.

Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17 tahun, dan Hayden, 15 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >