Percutian, secara automatik, dikaitkan dengan perjalanan ke luar negara buat sebahagian orang yang lazimnya berasa sukar mencari ketenangan dalam hiruk-pikuk bandar Singapura yang sentiasa sibuk dengan manusia.
Namun, terdapat pilihan penginapan di pulau Sentosa yang sedia membuka pintunya kepada mereka yang ingin ‘lari’ daripada hutan konkrit Singapura bagi mencari keamanan dan menumpukan perhatian terhadap kesejahteraan diri sambil dikelilingi kehijauan.