Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

M’sia hanya iktiraf sekatan PBB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia hanya iktiraf sekatan PBB

May 10, 2024 | 12:55 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia tegas dalam usaha menentang pembiayaan aktiviti keganasan, tetapi hanya mengiktiraf sekatan yang dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bukan oleh mana-mana negara, jelas Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


“Apabila menyentuh isu sekatan, kami hanya mengiktiraf (sekatan) yang dikenakan oleh Majlis Keselamatan PBB dan bukannya oleh mana-mana negara,” katanya.

Datuk Saifuddin berkata perkara itu dimaklumkan olehnya kepada Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika bagi Keganasan dan Risikan Kewangan, Encik Brian Nelson, semasa mesyuarat di Kuala Lumpur.

“Saya mengadakan perbincangan dengan Encik Brian dan delegasinya dan ia berjalan dengan sangat baik dan mesra,” katanya selepas menghadiri penutupan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, lapor The Star.


Encik Brian dalam rangka lawatan ke rantau Asia Tenggara dari 6 hingga 8 Mei.

Datuk Saifuddin berkata Encik Brian dan pasukannya telah mengetengahkan contoh khusus yang boleh dirujuk oleh Malaysia.

“Saya menjawab beberapa isu yang dibangkitkan, yang melibatkan organisasi tertentu,” katanya.

Datuk Saifuddin juga berkata kerajaan Malaysia memahami kebimbangan disuarakan Amerika berhubung dakwaan wujudnya aktiviti pengubahan wang haram dan penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.

“Apabila melibatkan usaha memerangi keganasan dan pembiayaan keganasan, kami mempunyai kerjasama serantau yang kukuh.

“Delegasi Amerika maklum akan perkara itu dan langkah tepat yang diambil kerajaan Malaysia untuk membendung keganasan dan ekstremisme,” katanya.

Beliau berkata wakil Amerika itu juga dimaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelan strategik lima tahun yang sangat jelas dalam menangani kegiatan pembiayaan dan penggubahan wang haram.

Perbendaharaan Amerika sebelum ini mengeluarkan kenyataan untuk mengumumkan bahawa lawatan oleh Encik Brian dan Peguam Perbendaharaan Amerika, Encik Neil MacBride, ke Malaysia adalah bertujuan menyekat saluran dana kepada Iran dan sekutunya, selain pelaksanaan sekatan dan kawalan eksport kepada Russia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >