Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pecut kereta hingga masuk sungai di Melaka kerana takut ditangkap khalwat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pecut kereta hingga masuk sungai di Melaka kerana takut ditangkap khalwat

May 10, 2024 | 11:09 AM



ALOR GAJAH (Melaka): Bimbang ditahan kerana disyaki berkhalwat di dalam kereta, sepasang kekasih nekad melarikan diri dengan memecut kenderaan itu sejauh kira-kira 14 kilometer dari kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah hingga ke Paya Lebar, dekat sini, pada malam 9 Mei.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, lelaki berusia 30 tahun, bertindak memecut Perodua Myvi dinaiki bersama pasangannya, sejurus berselisih dengan kereta peronda (MPV Polis) yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan hutan simpan berkenaan.

“Setibanya di Paya Lebar, kereta itu terbabas ke dalam sungai dan pemandunya terus melarikan diri dengan berenang ke seberang.

“Anggota peronda yang tiba di tempat kejadian membuat pemeriksaan ke atas kenderaan itu namun tidak menjumpai barang salah.

“Terdapat seorang wanita berusia 26 tahun di dalam kereta, namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada 10 Mei, lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Ashari berkata anggota peronda kemudian menghantar wanita itu Telok Gong yang mana difahamkan rumah saudaranya berada di situ.

“Siasatan mendapati suspek disyaki melarikan diri kerana takut ditahan oleh pihak polis sebab disyaki berkhalwat dengan teman wanita yang baru dikenali di dalam kereta.

“Kereta suspek terbabas sendiri dan tiada sebarang kemalangan membabitkan kenderaan lain dan tiada tangkapan dan rampasan dibuat.

“Semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >