Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Utamakan barangan tempatan bantu perkukuh ringgit

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Utamakan barangan tempatan bantu perkukuh ringgit

Mar 19, 2024 | 01:14 PM



KUALA LUMPUR: Semua pihak di Malaysia digesa memainkan peranan bersama dalam membantu mengukuhkan mata wang ringgit yang mutakhir ini menyaksikan penyusutan nilainya.


Justeru Kementerian Kewangan berkata rakyat Malaysia digalakkan mengamalkan sikap ‘Malaysia First’ (dahulukan produk tempatan) dalam amalan harian.

“Ini termasuk membeli barangan tempatan serta melabur dalam pasaran modal tempatan.

“Kempen melancong di dalam negara juga perlu diperkenalkan dan ditingkatkan,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Encik Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok), yang dikemukakan kepada Menteri Kewangan di Parlimen, lapor Berita Harian Malaysia.


Kementerian Kewangan menyatakan pelbagai langkah konkrit sudah dan sedang diambil kerajaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menangani kejatuhan nilai ringgit, termasuk memastikan pasaran pertukaran asing di dalam negeri kekal teratur.

Katanya, BNM akan mengambil langkah perlu termasuk campur tangan untuk membendung pergerakan mata wang yang berlebihan.

“Memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport selain meneruskan usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian eksport bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pergerakan dolar Amerika Syarikat,” katanya.

Selain itu katanya, usaha dilaksana untuk mengambil tindakan bersepadu dan terselaras bagi membawa masuk aliran dana ke pasaran pertukaran mata wang asing.

“(Di samping) mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta termasuk menggalakkan mereka mengutamakan pelaburan domestik serta menangguhkan pelaburan luar negara baru.

“Pelaburan luar negara yang dilaksanakan perlu diurus secara berhemat seperti melindungi nilai pendedahan mata wang asing dan membawa balik hasil pelaburan luar negara bagi mengurangkan tekanan kepada ringgit,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Larry Soon (PBM-Julau) pula, Kementerian Kewangan berkata kerajaan memahami isi rumah khususnya golongan B40 lebih terdedah kepada penyusutan nilai ringgit disebabkan bahagian perbelanjaan lebih besar untuk makanan dan minuman, merangkumi 35.4 peratus daripada jumlah perbelanjaan bulanan.

Katanya, impak penyusutan nilai ringgit adalah lebih tinggi terhadap barangan import, termasuk makanan yang merangkumi daging dan tenusu, ikan dan makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >