Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KESAN CUACA PANAS

Permintaan tenaga, harga elektrik naik di tengah cuaca panas

May 19, 2023 | 05:30 AM



SEDANG cuaca makin panas dan suhu meningkat, begitu juga permintaan tenaga dan harga elektrik di Singapura.



Menurut data daripada Syarikat Pasaran Tenaga (EMC), permintaan untuk elektrik melonjak pada minggu 7 hingga 13 Mei - ke paras mingguan tertinggi sejak pasaran itu ditubuhkan pada Januari 2003.



Purata permintaan setengah jam untuk minggu itu meningkat 2.5 peratus berbanding minggu sebelumnya kepada paras tertinggi 6,597 megawatt, manakala bekalan meningkat hanya 0.1 peratus.



Purata Harga Tenaga Singapura Tetap (USEP) meningkat lebih seganda berbanding minggu sebelumnya kepada $774.52 setiap megawatt jam (MWj) dalam tempoh yang sama.



Sebagai perbandingan, purata USEP berada pada $323.96 setiap MWj pada bulan April dan $339.26 setiap MWj pada bulan Mac.



Ketua Eksekutif EMC, Encik Toh Seong Wah, berkata USEP yang tinggi itu disebabkan bekalan yang ketat serta permintaan yang meningkat.



USEP merupakan harga tenaga yang digunakan untuk mengambil kira semua kenaikan dan pengurangan tenaga di Singapura.



Peningkatan itu berlaku sejajar dengan gelombang panas yang melanda Singapura dan rantau ini.



"Dengan cuaca panas baru-baru ini, permintaan elektrik juga meningkat, mungkin disebabkan peningkatan penggunaan alat hawa dingin," kata Encik Toh.



Sebagai contoh, suhu di Ang Mo Kio mencecah paras tertinggi 37 darjah Celsius pada 13 Mei.



Ini adalah suhu tertinggi yang direkodkan pada bulan Mei, dan setaraf dengan rekod maksimum harian tertinggi dalam sejarah yang dicatatkan pada 17 April 1983.



Encik David Broadstock, felo penyelidik kanan di Institut Pengajian Tenaga Universiti Nasional Singapura (NUS) dan ketua Divisyen Ekonomi Tenaga, berkata suhu yang lebih panas boleh menyebabkan kenaikan USEP apabila lebih ramai orang menghidupkan alat hawa dingin mereka.



Hawa dingin yang sudah dihidupkan mungkin juga terpaksa bekerja lebih keras untuk mengekalkan suhu yang sama, katanya.



Selain itu, Dr Broadstock mendapati bahawa daripada kira-kira 23,000 pemerhatian tempoh setengah jam yang dibuatnya sepanjang 18 bulan lalu, terdapat kekurangan kira-kira "beberapa mata peratusan" dalam ramalan awal permintaan pengawal selia tenaga berbanding permintaan sebenar.



"Jika sistem tidak bersedia untuk meningkatkan bekalan untuk memenuhi permintaan ini, penjana kuasa kecil-kecilan - yang dibawa masuk dalam masa yang singkat untuk memenuhi permintaan tinggi yang tidak dijangka - mungkin mengenakan kos yang lebih tinggi," katanya.



Beliau menambah bahawa mungkin tepat pada masanya untuk menyemak model ramalan pengawal selia.



Pengguna bagaimanapun tidak perlu bimbang dengan harga borong yang tinggi - sekurang-kurangnya buat masa ini.



Menurut Dr Broadstock, tarif elektrik mencerminkan kos pengeluaran saksama pada jangka panjang, yang termasuk jangkaan harga import bahan api dan kos penjanaan kuasa domestik.



Data beberapa bulan digunakan untuk menentukan sama ada kadar tarif perlu disemak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >