Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Angkatan udara S’pura, M’sia jalani latihan mencari dan menyelamat bersama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Angkatan udara S’pura, M’sia jalani latihan mencari dan menyelamat bersama

May 09, 2024 | 07:46 PM



Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) berjaya menjalankan Latihan Search-And-Rescue (SAREX) edisi keenam MALSING dari 7 hingga 15 Mei 2024 di Pangkalan Udara Kuantan, Malaysia.


Edisi itu menyaksikan penyertaan kededua helikopter RSAF H225M dan RMAF EC725, bersama anak kapal udara, anak kapal darat, dan juga anak kapal Search-And-Rescue (SAR) mereka.


Leftenan Kolonel (LTC) Lim Seng Wee, Pegawai Pemerintah RSAF, Skuadron 125; dan Lt. Kol. Ahmad Farhan Ahmad Pegawai Pemerintah RMAF, Skuadron 10, merasmikan SAREX MALSING bersama pada 8 Mei di Pangkalan Udara Kuantan.

Bercakap di majlis itu, LTC Lim berkata: “Latihan dua hala tahunan ini menyediakan kedua-dua Tentera Udara dengan wadah penting dan peluang terbaik untuk bekerjasama, saling berlatih bersama dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Kami tetap beriltizam untuk menambah baik operasi SAR kami untuk menyelamatkan nyawa melalui kerjasama tetap kami. Ia juga merupakan bukti kemesraan dan hubungan pertahanan yang teguh antara kededua negara.”

Berkongsi sentimen yang sama, Lt. Kol. Ahmad Farhan berkata: “Kami berbesar hati dapat mengambil bahagian dalam latihan dua hala ini dengan RSAF untuk operasi gabungan Mencari dan Menyelamat.

“Latihan dua hala bersama RSAF menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi, sifat saling mempercayai dan berpasukan (dengan) kecemerlangan daripada kakitangan kedua-dua Tentera Udara untuk memaksimakan keupayaan bersama kami dalam melaksanakan Operasi SAR dengan selamat dan pantas.”

Semasa latihan itu, peserta merancang dan melaksanakan operasi udara SAR bersama sebagai tindak balas kepada simulasi kemalangan udara di pesisiran Pulau Tioman, Malaysia.

Pasukan SAR juga menjalankan pencarian udara untuk mangsa yang terselamat, dan memindahkan mangsa simulasi itu dengan cepat bagi mendapatkan rawatan perubatan segera.

Ketua Turus (Staf Tentera Udara) Singapura Brigedier Jeneral Ho Kum Luen dan Timbalan Ketua RMAF, Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhamad Norazlan Aris RMAF, akan merasmikan majlis penutupan pada 14 Mei di Pangkalan Udara Kuantan.

Sejak penubuhannya pada 2018, SAREX MALSING berusaha untuk meningkatkan profesionalisme dan hubungan pertahanan antara kededua tentera udara, serta memupuk hubungan dan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan kakitangan.

RSAF dan RMAF juga sentiasa berinteraksi merentasi pelbagai kegiatan.

Ia termasuk lawatan dua hala dan pertukaran profesional, serta kegiatan pelbagai hala di bawah lingkungan daripada Persetujuan Pertahanan Lima Negara (FPDA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >