Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Harga gas, elektrik turun dari Apr hingga Jun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga gas, elektrik turun dari Apr hingga Jun

Mar 28, 2024 | 03:03 PM



Harga gas dan elektrik akan susut untuk tiga bulan akan datang disebabkan kos yang lebih rendah.

Bermula 1 April hingga 30 Jun, isi rumah yang dibekalkan pengendali SP Group akan melihat pengurangan sebanyak 0.3 peratus dalam tarif elektrik, kata SP Group dalam satu kenyataan pada 28 Mac.

Ini bermakna tarif elektrik akan berkurang kepada 29.79 sen setiap kilowatt jam (kWj) sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), daripada 29.89 sen pada masa ini, lapor The Straits Times.


Dengan tarif baru itu, purata bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik akan berkurang sebanyak 33 sen sebelum GST, daripada $98.51 kepada $98.18.

Secara keseluruhan, tarif elektrik, termasuk untuk perniagaan, akan berkurang sebanyak purata 0.4 peratus, atau 0.12 peratus setiap kWj, berbanding suku sebelumnya.

Penurunan tarif disebabkan kos tenaga yang lebih rendah, kata kumpulan SP.

Kos itu, yang dibayar kepada syarikat penjanaan kuasa, diselaraskan setiap suku tahun untuk mencerminkan perubahan dalam kos bahan api dan penjanaan kuasa.

Tarif gas akan turun sebanyak 0.03 peratus setiap kWj dalam tempoh yang sama, juga disebabkan kos yang lebih rendah, kata City Energy, pengeluar dan peruncit gas berpaip, dalam satu kenyataan berasingan pada 28 Mac.

Ini bermakna isi rumah akan membayar 23.12 sen berbanding dengan 23.15 setiap kWj sebelum GST.

Dengan GST, tarif yang disemak berjumlah 25.20 sen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >