Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

HDB sedar keretakan muka blok di Punggol

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB sedar keretakan muka blok di Punggol

Apr 28, 2024 | 01:57 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengatakan bahawa ia sedar mengenai catatan media sosial menunjukkan keretakan pada permukaan bangunan Blok 120B Edgedale Plains di Punggol. 

Dalam catatan Facebooknya, HDB mengatakan bahawa buat masa ini, Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol sedang menjalankan kerja pembaikan dan ubah elok (R&R) di blok tersebut. 

“Semasa kerja-kerja R&R dilakukan, keretakan pada permukaan ditemui pada lapisan skim - lapisan nipis plaster yang digunakan di atas permukaan sebelum di cat - pada muka bangunan blok itu,” kata HDB dalam satu kenyataan pada 28 April. 

HDB menambah bahawa selepas menyedari keretakan itu, ia telah dengan segera menjalankan pemeriksaan ke atas kawasan itu dan menilai bahawa rekahan itu mungkin akibat kelusuhan biasa disebabkan pendedahan permukaan blok itu kepada faktor sekitaran seperti matahari dan hujan. 

“Keretakan itu, yang hanya pada lapisan skim, tidak menjejaskan integriti struktur bangunan, yang kekal kukuh dari segi struktur,” kata HDB. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >