Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Suspek larikan revolver ditangkap dalam buruan libat lebih 100 pegawai polis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek larikan revolver ditangkap dalam buruan libat lebih 100 pegawai polis

May 10, 2024 | 07:32 PM



Lebih 100 pegawai polis dikerah menjejak seorang pegawai polis bantuan Certis yang tidak memulangkan revolver, peluru dan belantan perkhidmatannya selepas tamat waktu kerjanya di Lapangan Terbang Changi pada 9 Mei.

Lelaki warga Singapura berusia 27 tahun itu dapat ditangkap dalam masa dua setengah jam selepas Certis melaporkan hal tersebut pada 9.50 malam, menurut polis dalam satu sidang media pada 10 Mei.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Pusat Markas Operasi Khas (SOC) dan Divisyen Polis Bedok antara unit yang dikerah menjejak lelaki itu.

Dalam satu kenyataan media menyusuli sidang media itu, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata daripada rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), suspek didapati menukar pakaian seragam kerjanya kepada pakaian biasa selepas menamatkan tugasnya.

Difahamkan bahawa suspek memulakan syif kerja pada 7.45 pagi dan tamat pada 7.45 malam pada 9 Mei. Dia membawa revolver yang sarat berisi lima peluru, lima peluru tambahan dan belantan.

Lelaki itu dijejaki dan ditangkap di sebuah pusat beli-belah di Victoria Street.

Menurut polis, semua peralatan kerja yang diberikan kepada lelaki itu dapat diperoleh kembali dan revolver tersebut tidak ditembak atau digunakan terhadap mana-mana individu semasa kejadian.

“Lelaki yang terlibat membawa senjata api secara tidak sah telah, secara terang-terangan, mengabaikan undang-undang dan menyalahgunakan senjata api yang diamanahkan kepadanya atas tujuan tugasan.

“Polis berusaha gigih memastikan dia ditangkap dengan cepat dan memastikan keselamatan orang awam terpelihara,” ujar Pengarah CID, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis (Siasatan dan Risikan) Zhang Weihan.

Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah pada 11 Mei atas tuduhan membawa senjata api secara tidak sah di bawah Seksyen 3(2) Akta Kesalahan Senjata Api 1973.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara hingga 14 tahun dan dirotan.

Dalam satu respons kepada Berita Harian, jurucakap Certis berkata ia telah meletakkan sistem dan proses ketat untuk mengesan dan menangani kejadian seperti itu tepat pada masanya.


Ini termasuk sistem amaran yang memberitahu apabila senjata api tidak dikembalikan selepas tamat tempoh tugas.

“Pegawai polis bantuan terlibat digantung perkhidmatannya buat masa ini sementara menanti siasatan lanjut oleh polis. Certis akan terus memberikan bantuan penuh kepada polis dalam siasatan mereka.

“Keselamatan orang awam adalah keutamaan kami. Certis tidak bertolak ansur bagi penyalahgunaan senjata api,” tambah jurucakap itu.

Sebelum ini kes kesalahan berkaitan senjata api dicatat ialah April 2021 apabila seorang pegawai Aetos yang tidak bertugas merompak sebuah kedai syarikat pinjaman wang di Jurong menggunakan revolver dan melarikan wang tunai lebih $24,000.

Mahadi Muhamad Mukhtar, kini 41 tahun, menyerahkan nota kepada pekerja kedai itu, yang kemudian memberinya wang dalam beg.


Dia ditangkap lima jam selepas rompakan itu.

Mahadi dijatuhi hukuman penjara 16 setengah tahun dan sebat 18 kali pada 2022.


Berikutan rayuan yang dikemukakan pada 2023, tempoh penjaranya dikurangkan kepada 14 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >