NAKHON RATCHASIMA, THAILAND: Seorang askar Thailand telah membunuh 26 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 52 orang dalam satu serangan tembakan di sebuah pusat membeli-belah di bandar Nakhon Ratchasima, kata Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha pada Ahad (9 Februari).
Askar itu didorong rasa dendam terhadap satu urus niaga tanah, yang membuatnya rasa tertipu, kata Encik Prayut, yang telah ke bandar Nakhon Ratchasima di bahagian timur laut Thailand untuk menziarahi mangsa yang cedera.