SAJAK

Akal

Engkau
BERAKAL SEJENGKAL
Merasa diri lebih daripada yang lain
Dalam segala hal
Ada pula
YANG AKAL TIGA JENGKAL
Merasa kurang daripada pelbagai hal
Ada pula
YANG BERAKAL-AKAL
Berpura-pura alasan
Dengan segala hal
Lain pula
YANG BERAKAL
tidak putus asa
Berusaha dengan cekal
Ramai juga
YANG MENGAKALI
Usaha kerja penuh ikhtiar
Sedaya upaya
Hingga
Berjaya
Namun
Ramai juga
YANG MENGAKALI ORANG LAIN
Memperdaya
Selicik-liciknya
Menipu dan menyilap mata
Sebahagian pula
SEAKAL-AKAL
Segenap tenaga... serta fikiran
Berlaku adil
Dan sebaik-baiknya
Walau hanya
Ada segelintir saja
Walau apa pun.
"AKAL AKAR BERPULAS TAK PATAH"
Yang bijak pandai
Tak mudah kalah
Di perbantahan
Tidak menyerah
TIDAK PERLU KEHILANGAN AKAL
Dalam kebingungan
Di segala hal
Kerana
Manusia
Kita semua mahkluk satu-satunya.
Yang sangat beruntung
Di kurniai segala hal
Melalui
Akal.

RIMA RE

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.