SAJAK

Aku Pelangi Hitam

Mengapa kau datang
Dan menconteng aku
Dengan warna hitam
Yang sepekat-pekatnya
Bukan aku tak berwarna
Aku pernah diconteng
Aku juga pernah menconteng
Aku pernah
Dicalit dengan merah kemarahan
Biru di kala keseorangan
Kuning bila ada sinar gembira
Hijau bila aku terpaksa tabah
Pernah juga aku kelabu
Yang kelam dan kusam
Walau dicuba untuk dicampur
Dengan warna yang lain
Aku semakin comot
Tetapi kau membawa hitam
Satu warna yang tidak pernah
Aku mahu atas kain putihku
Kau terus calit dan mencalit
Conteng di setiap sudut
Menutupi warna-warna lain
Hingga...
Aku tidak kenal kain putihku
Bukan salah kau
Kerana kau hanya kenal hitam
Aku yang salah
Aku baring dan biarkan
Kau calit dan mencalit
Conteng di setiap sudut
Aku tidak terbang ke langit
Dan pergi
Menjadi pelangi

WIRNA ASYURA HAMLI

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.