Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Aku Tidak Wujud

May 09, 2016 | 05:30 AM

Sepertiga malam

aku mengingati-Mu

sejuk dan gelapnya

menghalang tekadku

kecekalan mengukuh

zikrullah bersatu dalam kalbu

kutentang segala halangan

aku duduk bersatu dalam diri-Mu

setelah lapan rakaat tahajud kudirikan

aku berlabuh duduk dalam zikrullah

mengingati-Mu bersatu dalam satu

kewujudanku sirna di sebalik kewujudan-Mu.

Aku semakin sedar

tiada kewujudan lain

selain kewujudan-Mu

kerana mengenali-Mu

sedarlah, aku tidak wujud

zatku adalah setitik zat-Mu

kewujudanku sirna dalam genggaman-Mu

setiap gerak dan lakonanku dalam ketentuan-Mu

telah Engkau siapkan di lohmahfuz sebelum lahirku.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >