Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Anak manja ini

Jan 14, 2014 | 01:24 PM



Anak manja ini

tiada perlu bersusah payah membanting tulang

untuk menampung kejerihan diri

kerana

segala dunianya sudah tersalji

dengan susu dan madu tersedia di atas meja sakti


anak manja ini

tekak kerongkongnya sudah tiada terasa perit

menelan hempedu yang berduri payau

tiada lagi terasa pahit berbisa dek haus kekeringan

kerana

setiap kali merengek

dibujuk rayu disuap manisan dan sakar


anak manja ini kini dewasa

dan tiada ia mengerti kepayahan

ayahanda dan bonda

mengharungi becak dan kemarau

bagi memenuhi kehendak telaga cinta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >