Anak syurga itu
memang mampu
memimpin kita ke sana
laluan terbentang luas
meniti ke alam kekal
kesabaran dan akal
membawa ganjaran hakiki
tiada di alam manusiawi.
Anak syurga itu
menguji penjaganya
air mata sepanjang usia
tidak mampu membersih jiwa
jika dihitami rasa kesal akan kejadian
yang terpaksa diharungi sepanjang titian.