SAJAK

Anugerah

Kerana-Mu kekasih
Demi Allah aku rela.
Walau berat hati ini,
seberat batu nisan tertusuk di kuburan.
Berasa terseksa dihimpit keresahan.
Ya... aku rela.
Demi Allah aku pasrah.
Dibekalkan fikiran yang cerdik,
sepintar sang kancil yang cilik.
Keimananku utuh bak lautan,
ada pasang dan surutnya dan ada kala
mengganas tak tentu hala.
Tetap jiwaku runtuh, roboh dan rebah ke bumi Allah.
Demi Allah aku reda.
Kerana kebahagiaanmu adalah syurga bagiku.
Manakala kesengsaraanku adalah kifarah buatku.
Pergilah kau bersama kekasih hatimu.
Pergilah aku dilepas dari ikatanmu.
Demi Allah...
Walau perit disepit aku rela.
Walau bebas rasa terhimpit aku reda.

SALSABILA HUSSEIN

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,974.140 +14.300