SAJAK

Arbabil Bukan Seekor Burung

Al Fiil-Al Makkiyah
Tragedi tahun gajah.
Tidakkah engkau pernah mendengarnya
Allah telah menghukum
mereka yang mendustai
Kaabah sasaran Raja Yemen
Berhati hitam zalim bongkak
kotak wujud dari zaman Ibrahim
ingin dihancurkan dimusnahkan
Makkah mahu ditawan
Islam mahu diinjak-injak
Abrahah tidak berperikemanusiaan
tentera bergajah meluru
ashabul fiil tunggangan `
dipaksa-paksa menyerang.

Arbabil bukan seekor burung
berterbangan berbondong-bondong
dari arah laut menyerbu dan menyerang
umpama jet pejuang mencari mangsa
batu azab dari neraka
musuh dan gajah terjerat
setiap ekor burung melepaskan
tiga batu berapi dari paruh dan genggaman
hampir semua mangsa tewas bertempiaran.

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 43
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.