Lenganmu kuat
tenaga masih mantap
sedangkan dia
sudah pun usia senja
tidak lagi bermaya.
Tanpa belas
kau mengayun tangan
terus singgah tepat
ke raut yang berkerut
lalu dia pun rebah tertiarap
langsung tidak bercakap
hanya diam duduk tercungap