Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

MEMORI PENDETA

Azam Asas '50 bina masyarakat

ALMARHUM DR MUHAMMAD ARIFF AHMAD
Jul 11, 2016 | 05:30 AM



SELEPAS Perkampungan Sastera 1973, berlaku semacam 'pembaharuan' kepada Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50). Menurut Almarhum Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad:



"Kami ubah status keanggotaannya dengan meniadakan 'ahli bersekutu' dan memindahkan 'ahli bersekutunya' menjadi 'ahli biasa' serta memperkenal 'ahli seumur hidup'."



Dengan kelonggaran itu, banyak penulis muda dari Grup Gelorasa, Pass (Pertubuhan Aktivis Sastera Singapura) dan yang terakhir dari Kupuja (Kumpulan Pemuisi Remaja) yang semuanya tidak didaftarkan rasmi, di samping penulis bebas tanpa kumpulan, telah menganggotai Asas '50.



GOLONGAN PELAPIS



Tokoh Gelorasa seperti Ajaki (Abdul Jalil Abdul Kadir) dan Djamal Tukimin; tokoh Pass seperti Noor Hidayat, Mila Karmila dan Mohamed Latiff Mohammed; dan tokoh Kupuja seperti Roslan Badron dan Nor Effendi Badron; bukan sahaja menjadi ahli biasa, malah pernah menjadi anggota jawatankuasa kerja yang turut menggerakkan Asas '50.



UBAH COGAN KATA



Djamal Tukimin dan Mohd Latiff terus membuktikan kebolehan mereka dalam menyertai Asas '50 sehingga lewat Alaf Baru (tahun 2000), menurut Cikgu Ariff.



"Sesuai dengan keadaan negara yang sudah merdeka (politik), maka cogan kata bahawa karya sastera hendaklah menjadi alat mencapai kemerdekaan yang dirakamkan pada 1950 itu dipinda menjadi sastera bina manusia," ujarnya.



Moto atau cogan kata baru ini masih membawa dasar seni untuk masyarakat yang merupakan cita-cita Asas 50 semenjak ia ditetapkan pada 1954, tambahnya. Cikgu Ariff melanjutkan:



"Kemerdekaan yang dicapai setelah terjajah hampir satu setengah itu, rupanya, telah menjadikan banyak manusia kehilangan punca sehingga kita perlukan reformasi budaya.



"Kempen-kempen reformasi moral seperti kempen berbudi bahasa, kempen kebersihan/kesihatan dan yang sebagainya telah dilaksanakan pemerintah. Maka moto baru Asas '50 'Sastera Bina Manusia (membina manusia yang manusiawi)' amat menyumbang ke arah reformasi budaya itu."



HADIAH SASTERA



Perkampungan Sastera itu telah menggagaskan program 'Hadiah Sastera' bagi sasterawan Melayu Singapura, sebagai merealisasikan saranan Konferens Persuratan Melayu Malaya Kedua di Seremban pada 1954, yang ditangguhkan tetapi tidak dibawa ke Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya Ketiga pada 1956.



IDEA MAMAT SAMAT



"Aktivis Kesatuan Guru Melayu Singapura dan pernah mengajar di Brunei, Cikgu Mamat bin Samat (1939-1977), yang antara segelintir guru yang memiliki ijazah sarjana (dari Universiti London), telah diminta mengemukakan kertas saran Hadiah Sastera. Gagasannya diterima oleh Asas '50," kata Cikgu Ariff.



Berdasarkan kertas saran Cikgu Mamat Samat itu, Asas '50 telah mengundang kegiatan persuratan bahasa dan budaya Melayu ke Majlis Pusat untuk membentuk Jawatankuasa Bersama Hadiah Sastera demi menjayakan penganugerahan Hadiah Sastera bagi sasterawan Melayu Singapura. Sejak 1993, tugas mengiktiraf sasterawan Singapura diserahkan kepada Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >