Hari Raya tidak bermakna
jika makna raya tidak sebenarnya raya
raya keihsanan
raya keikhlasan
raya kejujuran
raya kemaafan
raya kemuliaan
raya kemanusiaan
raya keinsafan
raya kesedaran
raya keharmonian
raya persaudaraan
raya persefahaman
raya perpaduan.
Hari Raya hanya bermakna
bila hati mulus memintal seputih doa
yang bertalian panjang
menghulurkan tali takwa
buat mengikat
kalbu yang rindu
berulit kasih sayang
dengan miftah-Nya
terbuka pintu basirah-Nya
buat mereka yang jantung masih berdegup
dan tidak sesekali melupakan
mereka yang sudah berpulang.