SEBAGAI penulis pelapis ketiga dan antara yang disanjungi karyanya di watan ini, Isa Kamari merupakan pilihan tepat menyusuri laluan sajak Melayu di Singapura.
Maka itu, beliau menderetkan 44 penyair daripada yang tertua kini, Muhammad Ariff Ahmad (MAS), 90 tahun, sehingga yang termuda tetapi memberikan kesan sehingga membuat Isa tertegun iaitu Muhammad Khairool Haque.