Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan mula misi mencari bakat penulis kreatif menerusi peraduan menulis cerpen

May 31, 2016 | 11:48 AM



Berita Harian akan memulakan misi mencari penulis kreatif berbakat mulai 1 Jun 2016. Menerusi program enam bulan yang dikenali sebagai ‘Mencari Kristal’, Berita Harian akan menganjurkan dua acara utama – peraduan menulis cerpen dan siri bengkel penulisan yang memberi peluang kepada penulis baru dan mapan untuk menimba ilmu daripada penulis tamu tentang cara menghasilkan karya yang bersifat ‘best-seller’ untuk bacaan lebih meluas.



‘Mencari Kristal’ adalah satu kerjasama antara Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) yang diharap dapat mencungkil bakat-bakat baru demi menyuburkan persada persuratan tanahair selain membantu mereka mencipta nama di peringkat serantau dan antarabangsa.



Konsep program ini serupa dengan pendekatan realiti, yang dipenuhi keseronokan dalam berkarya, menguji kesan sosial masyarakat, serta hiburan yang didorong media dan respons orang ramai. Mencari Kristal memberi tumpuan kepada peraduan menulis cerpen, yang terbuka kepada warga Singapura, dari pelajar hingga pesara.



Pendaftaran dan penyertaan adalah percuma. Tema untuk peraduan cerpen ini ialah ‘Debar Cinta’ (Love Thriller). Penyertaan hanya dalam Bahasa Melayu dan pemilihan ke program ini berdasarkan dua proses:



1. Pusingan Awal (Penyertaan dibuka mulai Rabu, 1 Jun hingga Jumaat, 22 Julai 2016,



2. Pusingan Akhir (Sabtu, 13 Ogos hingga Sabtu, 15 Oktober 2016, 5 petang)



Peserta yang terpilih ke peringkat akhir berpeluang mengikuti satu siri bengkel eksklusif yang dibimbing oleh penulis tamu dari dalam dan luar negara. Antara lain, peserta peringkat akhir berpeluang menimba ilmu tentang pelbagi teknik; menghasilkan karya kreatif, “memahami khalayak anda”, dan memahami trend pasaran.



Satu panel penilai akan memilih lapan karya terbaik dari yang dihasilkan 35 peserta peringkat akhir. Pemenang akan diketahui pada 10 Disember dan akan berpeluang meraih piala dan wang tunai. Lebih menarik lagi, karya terbaik akan dijadikan satu drama video lima-minit.



Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://mencarikristal.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >