SAJAK

Berkata Baik... Atau Diam Sahaja

Akukah yang telah menghitamkan
putihnya hatimu?
hingga engkau kelu membisu
atau
akukah yang telah mengocak
ketenangan kolam perasaanmu?
lalu engkau diam membatu
atau
engkau yang hilang selesa berbicara
maaflah; aku tidak menyedari

Daripada bicara tanpa noktah
berkata lepas bebas
tutur apa yang terlintas
lebih baik berdiam sahaja
biar kusimpan lidah
bukan tidak mengetahui
takut menyesal kemudian hari
lantaran kedaifan diri

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 66
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.