Seorang datuk seorang cucu
Sama-sama asyik mata terpaku
Melepaskan laluan waktu
Lumba kereta di i-Pad seorang satu
Biarkan biarkan
Bagai si Luncai terjun dengan labu-labunya
Biarkan biarkan
Si datuk dan si cucu dengan i-Padnya
Nenek mengurut dada
Walau sedikit lega
Datuk tak turun tangga
Ke kolong temu teman seusia