Biarlah bahang ini menjadi
merobek siang dan malam kami
kerana sebuah persahabatan
bagai bertautnya kiambang di kolam
biarlah kejauhan itu sukar
memisahkan jasad dan peredaran kami
kerana sebuah persahabatan
seperti sungai yang membasahi ingatan
Biarlah kita bertemu di sini
setelah memilih hari yang pasti
mewarnai kebaharuan seerat dakapan
kerana menghargai persahabatan
yang terbina semula di hujung permukim
ketika membilang waktu yang terhakis
di birai pergantian musim