MUTAKHIR ini, kegigihan penulis setempat tampak luar biasa.
Selain sejumlah antologi karya perseorangan, muncul pula antologi sajak dan cerpen, Hempedu Di Tasik Madu (HDTM), yang baru dilancarkan penaung Asas '50, Haji Sidek Saniff, 78 tahun, (mantan Menteri Negara Kanan dan Pengerusi Pengasas Majlis Bahasa Melayu Singapura).