Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

ESEI SASTERA

Cerpen 'Mandul' yang tidak mandul

Jan 14, 2014 | 01:16 PM



BEBERAPA penulis wanita mempunyai daya kreatif yang begitu peka terhadap permasalahan sosio-politik.


Ini termasuklah Noridah Kamari yang baru-baru ini dianugerahi Tun Sri Lanang Harapan 2013.


Saya terpanggil membuat ulasan mengenai cerpen beliau berjudul Mandul.


Tanggapan pertama apabila melihat judul cerpen Mandul (BM 17 Februari 2013) ialah besar kemungkinan kita akan beranggapan bahawa ia menceritakan kisah domestik - keluarga tidak mendapat zuriat akibat mandulnya si suami atau si isteri.


Namun, apabila kita membaca seterusnya, horizon of expectation kita mula berubah. Mandul di sini merupakan mandul secara total yang berlaku di sesebuah tempat. Inilah tema yang hendak disampaikan oleh cerpenis berkenaan.


Cerpen Mandul berunsur satira beraliran realisme magis dan berbaur realisme protes. Kita semua tahu apabila kita sering menyebut Mama dahulu sebelum Papa. Dan dalam cerpen ini, watak memanggil Papa dahulu sebelum Mama. Ungkapan Papa dan Mama berunsurkan simbol yang mendalam jika kita amati kaitan perkataan tersebut. Kenapa Papa dan Mama dan bukan Mama dan Papa? Jawapannya dapat dikecapi apabila pengarang mengenalkan watak protagonis sebagai (W) Atan bin Nusa.


Mesej yang ingin disampaikan oleh cerpenis begitu sinis dan mendalam. Istilah 'Watan' dan istilah 'Nusa' memang sudah lazim kita dengar seperti perkataan tanah air, ibu pertiwi dan sebagainya. Kenapa Papa dan Mama sanggup mengorbankan anaknya sendiri kerana takut menghadapi masalah kemiskinan? Ini merupakan salah satu persoalan penting dalam cerpen ini.


Lambang-lambang yang digambarkan dalam cerpen ini sungguh real dan menyeramkan. Kita tahu, secara real dan dari sudut perniagaan (ekonomi), kita tidak pernah dengar atau terbaca masyarakat kita menubuhkan syarikat telur ayam di sini mentelah lagi di sebuah rumah besar di atas bukit.


Ini melambangkan realisme magis yang menunjukkan sebuah keadaan yang absurd.


Jika diteliti secara ekstrinsik, senario meninggikan lagi taraf ekonomi supaya mencapai tahap yang lebih tinggi lagi bagi tahun-tahun mendatang melambangkan sesuatu yang sedang berlaku di sekeliling kita.


Daripada sudut sosial pula, penulis menampakkan perkembangan dan kemasukan ramai pekerja dan pendatang asing dalam menguatkan jentera ekonomi dalam cerpen beliau.


Kejadian ini melambangkan sesuatu yang berlaku di hadapan mata kita dan pengarang menggambarkan suasana secara subtle dan berkesan.


Dari sudut intrinsik, keadaan watak ciptaan pengarang, 'Atan', memprotes dengan apa yang dilakukan oleh Papa dan Mamanya.


Dari sudut prinsip teori sastera budaya pula melambangkan protagonis sebagai individu yang mengungguli individualitinya dan yang memperjuangkan nasib bangsanya.


Papa dan Mama mempunyai prinsip dan ideologi perjuangan yang tersendiri, namun ini ditentang keras oleh protagonis yang tidak hanya duduk diam tetapi memperjuangkan prinsipnya.


Apa yang tersurat dan tersirat dalam cerpen ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca yang peka terhadap keadaan sekeliling dan cerpenis berjaya secara kreatif mengolah dengan penuh berkesan dalam menyampaikan mesejnya.


  • Penulis seorang novelis, cerpenis dan penyair. Beliau berkelulusan PhD dari Universiti Kebangsaan Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >