SAJAK

Cinta merah putih bulan sabit dan lima bintang

Aku yang asli, yang asal tak pernah cari pasal
Bila ditanya tentang cintaku kepada
Si merah putih bulan sabit dan lima bintang
Aku sedar tahu serta perlu beritahu
Erti jerih payah mempertahankan
Apatah lagi membangunkan watan ini
Hasil tumpah darah merah, dibalut kain putih
Disinari cahaya bulan sabit dan lima kerdipan bintang
Gugurnya Almarhum Leftenan Adnan dan sahabat
Serta terhapusnya ribuan tubuh berdarah merah berhati putih
Bersemangat setajam bulan sabit berbekalkan lima pancaindera bertaraf bintang

Kau penduduk di merah putih bulan sabit dan lima bintang
Kelihatan riang mengangkut segala bekalan dengan senang
Pakai gincu merah bercelana putih berloket bulan sabit berlenggang
Kau seakan melangkah masuk ke hotel lima bintang
Cuma aku harap kau akan kaji sejarah
Mengapa kota ini digelar titik merah
Aku dan teman-teman bukannya marah
Asal tahu jaga peradaban dan tatasusila

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.