Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Demi Rakyat Dan Negara

Mar 27, 2016 | 05:30 AM

Nafas terhenti tapi tiada mati

masih lagi boleh berdiri

bumi menjadi panas penghuni semakin rimas

berakhir satu zaman bertemu yang baru

lorong dan jalan banyak bersimpang-siur bercelaru

haluan undang-undang keras ditatang

bertambah merah mata apabila dipandang

empat budaya kuncup hidup dicat warnanya pucat

ahklaknya peribumi

bagai bermastautin di hujung kaki

rosak tiada siapa lagi akan dihormati

di depan cermin proses kehidupan bagai permainan

anak-anak bangsaku...

kehilangan gigi taringnya

digantinya dengan gigi susu yang lesu

semangat telah menjadi sebu dan layu.

Sejak mula-mula

panji-panji berkibar di bumi bertuah ini

anak-anak bangsaku liat bingkas

sering ditohmah manusia malas dan lemah

kini segala julukan itu dapat dibidas

tegas berdiri menyusun langkah bersantun diri

demi bangsa dan tanah air tercinta

tiada seperti dulu lagi dibenci terhina

tapi kini diangkat menjadi pemimpin yang hebat

di mata tiga masyarakat menjadi bertambah kuat

sepakat setia dan taat bersama menikmati kejayaan

menerjah segala kemungkinan

menghalang perpaduan

membina demi rakyat dan negara yang terbilang.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >