Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Dengan Sebatang Pena

Dec 24, 2017 | 05:30 AM

Dengan sebatang pena di tangan ini,

kulakar kisah duka saudara teraniaya

biar berhimpun segala doa bersampul harap,

biar kutelanjangi kezaliman yang terhijab

agar dunia mengecam tangan-tangan durjana,

pembuat onar daripada kalangan penguasa.

Dengan sebatang pena ini,

kukumpulkan segunung simpati

agar yang mampu boleh menabur bakti

petanda perikemanusiaan belum mati.

Akan kuperangi para pendusta perosak maruah agama,

yang membasahi bumi dengan darah insan tak berdosa.

Tuhanku,

tidaklah ada yang Kau-ciptakan itu sesia.

Dengan segala kudratku dan ilham yang Kau-anugerahi,

aku berjuang di sini dengan sebatang pena.

MUHAMMAD KHALID BIN ZAIN

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >