Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Di Kampung Kasihku Tertambat

Jul 03, 2017 | 05:30 AM

Kicauan burung memecah sunyi

Menyambut terbitnya suria pagi

Bunga di taman senyum berseri

Hatiku riang tiada terperi

Suasana alam indah dan permai

Di desaku aman lagi damai

Di sinilah aku telah dilahirkan

Mewarisi pusaka zaman-berzaman

Lihatlah air sungai terus mengalir

Seperti tiada pernah berakhir

Gunung-ganang bukit bukau

Membuat pandangan mata memukau

Sawah ladang luas terbentang

Penduduk setia membanting tulang

Jerih perih mencurah bakti

Hasil bumi sama merasai

Begitu megah suasana kampungku

Jadi kebanggaan sepanjang hayat

Walaupun di bandar serba maju

Namun di sini hatiku tertambat

RUBY ZALEHA AIMIE

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >