PAGI akan menjengah sebentar lagi. Badannya terasa begitu nyaman dirawat oleh jururawat syif malam. Sungguh terasa segar. Kepala yang pening memutar turut hilang. Dia dapat tidur nyenyak hingga ke pagi.
Tiba-tiba dia berasa dirinya diterjah oleh suara yang kuat. Jururawat siang muncul lagi di depan mata. Jururawat malam mungkin telah pulang dan siangnya diganti oleh jururawat siang yang bengis. Dia menyumpah lagi sambil mengurut dadanya untuk menenangkan hati.