Sayang
Doa papa dan mama untuk semua
Moga kalian sihat sejahtera
Sekadar papa ingin berkongsi sama
Sebelum papa terlupa
Maklumlah, papa dan mama manusia biasa
Kami melemah dan menua
Sayang
Bertahun papa lengkapkan dirimu
Dengan ilmu
Gunakanlah sebaiknya
Demi menjawat kerjaya
Masa depan yang berjaya
Kehidupan yang selesa