BAU busuk dari dalam bilik Jefri menyerang deria hidung sebaik kami melangkah masuk rumah Kak Maria.
Sungguh meloyakan tekak. Hancing macam tandas awam yang seminggu tidak di bersihkan. Mual sampai hendak terhambur semua isi perutku. Air liurku berkepul-kepul rasa macam nak meludah di situ juga.