SELEPAS menerbitkan buku Masyarakat Bawean SingapuraLa-A-Obe, Persatuan Bawean Singapura (PBS) kini giat menjalankan kajian dan mengumpulkan sejarah pondok atau ponthuk yang pernah gah berdiri di kawasan pusat dan pinggir bandar.
Usaha tersebut bakal dicernakan dalam bentuk buku yang dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dan bagi generasi muda masyarakat Bawean meniti jalan kenangan dan warna-warni kehidupan pondok yang unik dalam kalangan suku Melayu di sini.