Wujudmu sebagai misteri imaginasi mimpi
setiap bernama wujudnya mesti atau pasti
ada kala kenyataan tiada atau pernah ada
pernah diada-adakan dikatakan bukan mengada-ngada
jika boleh digambarkan bentuk
burung warna emas prada
melainkan jika nyata akan terbongkar semua rahsia.
Begini dengan nama-Mu Allah Tuhan
wujud-Mu atas keyakinan keberadaan
tidak mudah digambarkan dinyatakan
kerana-Mu bukan ciptaan kerana Kau Pencipta
Kau bukan objek dinamai atau ghaib diberi nama
kerana Kau tidak berganjak tetap asli selamanya.