Kinabalu
nama indah disebut selalu
destinasi pelancong pemburu ilmu
pemandangan menghibur kalbu
pengalaman menarik tidak jemu
membuat ramai mengunjungimu
tidak disangka petaka menunggu
kali ini kau buat ramai berasa pilu
kegembiraan kepuasan mereka harapkan
bersama kawan guru berpengalaman
latihan cukup bekalan tidak kekurangan
keyakinan diri penuh sudah ditanam
untuk menempuh segala rintangan