Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Hak

Nov 13, 2017 | 05:30 AM

Berhutang itu juga berjanji

Memenuhi hak yang mahu dituntut

Biarpun sekian lamanya

Ia tetap berdiri pada hakiki

Seperti hak dunia

Yang mahu ada hujan

Yang diterangi sang mentari

Dan peredaran itu juga hak dunia

Yang mahu bulan berada di kegelapan malam

Hak aku bukan menuntut janji

Hak aku mahu melihat kejujuran bulan

walaupun diseliputi awan tebal

Hak aku bukan seperti desir debu

Hanya ringan bertebaran kala angin bertiup kencang

Jadikan hak rumput yang selalu menghijaukan dunia

Kerana dunia rela dengan kecantikan

Begitu manusia semerdu mana suaramu

Pasti ada nada sumbang yang menuntut haknya

A. KADIR PANDI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >