SEKEMBALINYA dari Sultan Idris Training College (SITC), Harun duduk termenung di atas ambin rumahnya di Kampung Manggis.
Rumah yang ditinggalkan sekian lama, tiada ada apa-apa perubahan. Perjalanan jauh dengan kereta api dari Tanjong Malim, singgah lama di Kuala Lumpur, sebelum sambung perjalanan ke Tanjong Pagar, amat meletihkan.