SAJAK

Hasrat

Berbuai atau ayun-ayunan ketika tidur mimpi menakutkan
suatu pesanan atau permainan syaitan menayangkan
tapi segala-galanya atas Keizinan-Nya Kehendak-Nya
usah ditanya kehidupan harus berterusan meniti usia
ajal-maut tersimpan di Khazanah Rahsia-Nya
tidak seorang makhluk berupaya mencelah rahsia
dijaga rapi oleh duta-Nya para malaikat dengan panah berapi
kita akan membuat persediaan rapi jika tahu bila akan mati.

Pergi tetap akan pergi si pengembara pulang membawa diri
tiada guna menanti-nanti kerana kepastian belum pasti
sekadar termampu kerana kita ini bukan para sufi para wali
menerima Qada dan Qadar dengan kerelaan diri sendiri
kita tahu dan mengetahui bukan kita Habib golongan sufi
amalan dan kataatan tidak seberapa untuk mengadap Ilahi nanti
seadanya terdaya kerana kita tiada daya upaya untuk memperbaiki
syurga atau nuraka bukan ketentuan manusia untuk menghukumi
hanya Dia Penentu dan hanya Dia Berkehendak Memiliki Mengetahui
segala penentuan percubaan pengujian kepada-Nya yang Dia kasihi.

Cuma satu hasratku jika aku dipulihkan kembali dari ujian ini
menunaikan kewajipan amanah memenuhi segala janji-janji
aku tetap manusia biasa tetap melakukan kesilapan lupa diri
agar Kau memberi aku petunjuk isyarat agar aku menjaga kemudi.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.